Thursday, May 28, 2009

CURRY PUFF





lama plan nak buat karipap ni
tp sebab malas..tertangguh sampai ler semalam
tiba2 dibanjiri mood rajin nak ke dapur..merajin lg la
puff ni saya buat 1 adunan, tp saya cuma bakar 4 keping aje
untuk bfast mr fix-a-lot pg tadi
and saya tak kelim pun puff ni ..main terap aje..sebab saya kelim karipap tak cantik
yg cantik kelim karipap..mr fix-a-lot ler
ingat nak minta tolong dia kelimkan..tp nanti gtee dia suruh saya kelim satu dulu
nak buat perbandingan ngan dia punya ler tu..pas tu main ejek2
dia punya lawa..saya punya kureenggggg!!
tu yg aku maleh tuuuu....
masa bfast, mr fix-a-lot tanya..nape buncit sgt puff saya
hehehe...terlebih isi filling maaa..

okay guys...here is the origional recipee from Noreen's blog
noreen buat sardine roll...saya tukarkn kpd karipap ngan inti daging
Noreen..tq for d recipee, I copypaste je ye

Bahan-bahan:
Bahan2 pastri:
250gm mentega sejuk
500gm tepung gandum
secubit garam
air sejuk secukupnya

Bahan2 filling:
1 tin sardin dalam sos tomato
1/2 - 1 labu bawang besar - dicincang/dipotong dadu
1 biji cili hidup - dihiris
jus limau nipis/lemon secukup rasa
garam secukup rasa

kuning telur - untuk sapuan atas doh

cara:
  1. satukan mentega dan tepung di dalam mixing bowl
  2. gaulkan kedua2 bahan sehingga menjadi seperti breadcrumbs
  3. masukkan garam dan air sejuk
  4. uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan
  5. balutkan doh dengan plastik dan masukkan ke dalam fridge. biarkan doh sejuk sementara membuat filling
  6. masukkan semua bahan2 filling ke dalam mangkuk dan hancurkan ikan
  7. gaulkan kesemua bahan sehingga sebati
  8. keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  9. gelekkan doh dengan rolling pin sehingga nipis
  10. trimkan bahagian tepi doh supaya menjadi bentuk triangle atau empat segi
  11. letakkan filling tadi dan gulungkan doh seperti swiss roll
  12. hiris2kan bahagian atas doh tetapi jangan sampai terputus dan sapukan dengan kuning telur
  13. susun di atas baking tray yang telah digris dan bakar pada suhu 175C selama 40 min atau sehingga masak dan keperangan
  14. keluarkan dari oven dan potong2kan doh tadi dan hidangkan panas2
  15. kalau suka selepas disapukan dengan kuning telur potongkan dan susunkan di atas baking tray. bakar

Wednesday, May 27, 2009

CARROT POUND CAKE


semalam petang saya merajin buat carrot cake
ni 2nd attempt saya buat carrot cake
masih tak puas hati lagi, mcm kureng menjadi
rasa kek memang kaw..cuma kek still nmpak mcm berat n kurang gebu
macam yg lepas gak le
but this time a bit better
apa2 pun..saya bangga ngan kek saya ni
chewahhh!!!!

kali ni dapat resipi dr umah CIK MAT GEBU
so cik mat, tq for the recipee and minta izin copypaste ye


BAHAN-BAHANNYA :-)
125 g mentega
2/4 cawan gula halus
1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur gred A
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boleh ganti dgn susu cair)
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan parutan lobak merah
1 genggam isi kacang pistachio, cincang kasar (jika suka)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak tadi. Ambil 2 camca besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dengan lobak parut hingga rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan sederhana, masukkan esen vanilla diikuti terpung berselang seli dengan whipping cream (atau susu cair), hingga habis, kacau rata.
  3. Tambah lobak merah dan cincangan kacang pistachio. Gaul sebati. Tuang dalam tin tadi dan bakar 1 jam atau hingga masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengahnya, jika lidi tadi keluar bersih, tandanya kek anda telah masak.
  4. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaring sebelum dipotong. Sesuai untuk minum petang.



Monday, May 25, 2009

LEMON YOGURT MUFFIN


resipi ni pun cilok kat umah KAK UMMI gak
buat pagi tadi
budak2 balik sekolah, terus suruh rasa
sy tok leh nak test sebab puasa
terlupa yg saya puasa...main buat aje
bdk2 kata sedap..ada rasa cheesey sikit..
oooohhhh!!!!

KAK UMMI...tqqqqqqqqqqqqq
as usual, saya copypaste aje

Bahan:- (lebih kurang 8 ketul muffin cup spt gambar)
  • 100 gm tepung kek/tepung naik sendiri
  • 1 tsp. baking powder
  • 2 tsp. lemon juice
  • 1/2 tsp. lemon paste (optional)
  • 100 gm plain yogurt
  • 50 gm gula kastor
  • 50 gm mentega
  • 1 biji telor

Cara-Cara:-
  1. Campurkan mentega dan gula dan panaskan secara "double boil" atas api perlahan. Kacau dengan whisk hingga adunan sebati. Biar sejuk sebentar.
  2. Sementara itu, ayak tepung dengan baking powder. Ketepikan.
  3. Masukkan yogurt, jus lemon, lemon paste dan telor ke dalam adunan mentega tadi dan kacau hingga adunan sebati, jangan terlalu lama.
  4. Masukkan tepung dan kaup balik sebati.
  5. Sudukan adunan ke dalam bekas muffin (lebih sikit dari separuh bekas) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 25 minit. (bergantung kepada oven masing-masin).
  6. Sejukkan atas wire rack.

Thursday, May 21, 2009

KEK GULA HANGUS





sungguh saya tak sangka yg saya akan buat kek gula hangus ni
selalunya kalu nak makan, order je ngan nebor sebelah
dia business kuih muih
tapi semlm ronda2 umah KAK UMMI
terrrjumpa resipi kek ni
Masyaallah..so simple the resipee
apa layi..merajin ler semalam
hasilnya pun sungguh mengujakan saya yg kureng terer bab masak2 ni
tester pun kata sedap sgt..lg2 sebab air tangan saya
aduhaiii...sayhdunya dengo..hihihi
so semlm sambil2 tengok American Idol Finale
sambil2 mkn kek ni, pekena gan milo cam
fullamakk...sedapppp!!!

KAK UMMI, tq so much le kak
dah byk sgt saya copy resipi akak
suka resipi2 kat blog akak

Bahan:-

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 4 biji telor
  • 2 camca besar mentega

Cara Membuat:-

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
  2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
  3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7"x7" dan perap adunan selama 3 - 4 jam. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 - 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*ummi bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj).

SPAGHETTI BOLOGNAISE


lunch hari just buat simple spaghetti bolognaise
malas sungguh nak masak
bdk2 suka la..saya mmg kureng spagetti2 ni
saya gunakan ready made spagetti sos
cuma saya tumis sampai wangi chopped garlic n ginger
then masukkan spagetti sos, masukkan sedikit air
pas tu masukkan mince meat, tomato sos n cili sos
bio kan mendidih
bila dah siap..panggil le bdk2 makannnn...hihihi
nak sedap makan le ngan powder cheese

Wednesday, May 20, 2009

JELLY FRUITAIL



dulu saya rajin buat jelly cocktail ni
but pas tu..mcm tak rajin pulak
semlm ronda2 umah MUMMY DASY terjumpa cocktail ni
mcm teringin pulak nak buat
cuaca sekrg ni pun tgh panas giler
mmg tak sesuai le nak minum anything hot
yg sejuk2..masam2 sikit baru le sedap masuk tekak

nak buat pun senang sgt..
just buat plain jelly (saya letak kale supaya nmpak cantik), bila hampir 3/4 keras, lecek2 kan
pas tu saya perahkan air limau kasturi dlm fruit cocktail
berapa byk nak letak bergantung le pd masing2
saya suka masam2..so letak la lebih sikit
then saya campurkan jelly n cocktail tersebut
make sure masukkan dlm peti sejuk sebelum minum
baru lah sedappppp!!!!


Monday, May 18, 2009

SAMBAL BELACAN KUINI



masa gi psr mlm semalam
jumpa buah kuini
apek tu kata 95% isinya gtee molek
balik umah terus kupas..memang molek..manis pulak tu
mana yg muda sikit saya buat sambal belacan
pas tu saya goreng ikan kering sepat
fullamakkk...sedap sehhhhh!!!!

KEK PISANG SEMPOI



kek pisang sempoi ni jumpa kat umah KAK UMMI
suka betul ngan resipi yg sempoi2 ni
sesuai sungguh le ngan saya
wlupun sempoi tp rasanya sungguh lah sedap
gebu dan lembut
mkn panas2, pas tu minum air teh ..fullamak!!!
dah la tgh hujan renyai kat luar tu!

KAK UMMI..tq for the resipee, as usual minta izin copypaste ye


Bahan:-
  • 150 gm pisang emas (Ummi letak 6 biji pisang emas kecil) - lecek
  • 180 gm tepung gandum
  • 180 gm gula perang/gula castor
  • 3 biji telor
  • 120 ml minyak masak
  • 1 st ovalette
  • 1 st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder
  • secubit garam

Cara-Cara:-

  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk.
  2. Putar dengan mixer hingga sebati dan nampak putih.
  3. Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak masak.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 40 - 45 minit.

(*Pastikan adunan memenuhi separuh loyang sahaja, kerana kek akan naik hampir sekali ganda lagi)

Thursday, May 14, 2009

AGAR AGAR KOKO


cuaca tgh panas mcm ni
memang sedap mkn agar2 kan
agar2 koko yg tersangat le senangnya
just tmbah koko n susu cair dlm resipi plain jelly
nmpak sgt la 'kerajinan' saya kan
alhamdulillah... sekejap je langsai

Wednesday, May 13, 2009

SUP TULANG SELANGKA


tak tau nak masak apa hari ni
just buat sup tulang selangka je
resipi x yah la ye...another very common menu

Monday, May 11, 2009

KUIH BAKAR LABU



Lama dah buat posting psl kuih bakar labu ni
terlupa pulak nak publish
masa buat housekeeping td..baru terperasaan kewujudan n3 ni
siannn dia...hihihihi

resipi dari umah
CIK MAT GEBU
Cik Mat...minta copypaste resipi ye!

Bahan-bahannya:-
5 biji telur Gred A
500 ml santan
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/3 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus dan dilecek halus

Cara membuatnya:-
1- Satukan kesemua bahan2 di atas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga semua larut dan sebati.

2- Tapis adunan dan masukkan labu manis lecek dan gaul hingga adunan sebati dan tidak bergentel2.

3- Tuang adunan ke dalam acuan berlubang tengah (yang biasa digunakan utk membuat kuih bingka), yang telah disapu dengan mentega pada dasar dan tepi acuan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C, selama 40 minit. Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.



Sunday, May 10, 2009

SECRET RECIPE

We had our so simple MOTHERS DAYS celebration at SECRET RECIPE this evening
tengah tunggu makanan sampai, Zati called wishing me HAPPY MOTHERS DAY
sedih pulak sebab dia tak dapat join sama the simple dinner..sob..sob..

ni lah dia dinner kami sekeluarga hari ni

a cup of tea for me


anndddddd a surprise present from the love of my life
tq dear!!!!!
that's why...I ate nothing...dah kenyang dapat hadiah..hehe

Thursday, May 7, 2009

SLICE CHEESECAKE


buat kek ni just sbb nak abiskan cheesedale yg nak kat K.O 2 3 hari lagi
cara penyediannya pun mudah
hasilnya pulak sungguh sedap..gebu..lembut dn kurang manis
ngam2 soi cheesecake ni sudah boleh dingap ngapp
kawan datanggggg...memang langkah kanan le
soooo...we had our morning coffee ala2 english gituuu
cheesecake with cup of lavazza coffee
hihihi...
pas tu bdk balik sekolah terus bedal
ngam2 tinggal 1 piece jeee utk mak dia snap gambo
1 piece yg dh tak lawa tuuuu
1 piece utk ayah dia pulak merasa

resipi amik kat umah KAK ZAI dari TERATAK IMPIAN
kak zai pun baru buat gak semalam
and it turned out so beautiful
kak zaiiiiii....minta izin copypaste je yeeee!!!!

Bahan-bahan

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

RENDANG AYAM KAMPUNG



well..still cannot get the taste of my mother's
but still..it is SUPERB!!
hehehe

Tuesday, May 5, 2009

MOIST CHOC CAKE







lama dah plan nak buat kek cokelat
dah merata meronda blog2 cari kek
last2..dapat le 2 3 resipi
tp disebabkan virus MALAS melanda, peram je le resipi2 tu..hihi
semalam baru ada rajin sikit
tu pun sebab wani yg request
klu takkk....jadi pekasam le resipi kek coklat ni
tapi kan...topping terrrcair sikit maa
tu yg dok meleleh leleh tu..adusss
tgn ni nape ler bab2 masak mcm keras kejun gitu!

resipi kek ni dapat kat umah KAK UMMI
soooo...kak ummi cayanggg...minta izin copypaste ye


Bahan:-
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 sudu teh serbuk penaik * (digaul dan diayak 3x)
1 cawan gula halus
2 biji telor gred A
125 gm butter
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk koko *
1/2 sudu teh nescafe *
1/4 cawan gula halus *
1/2 cawan air panas *
1/4 cawan susu cair * (* disatukan menjadi pes coklat)

Untuk Chocolate Ganache:-
100 gm coklat masakan
50 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh butter

Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhuu 175C. Lenser tin berukuran 5x8x3 in dengan butter dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanila dan telor satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembag dan gula hancur. Perlahankan speed, maskkan tepung berselang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul rata dan sebati. Tuangkan adunan tadi ke dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 -50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache..

Untuk Ganache: SAtukan coklat dan Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas, cairkan secara double-boiler. Bila semua larut, matikan api dan masukkan butter dan gaul rata. Biarkan suam an tuang atas kek coklat tadi...

Monday, May 4, 2009

SERAWA DURIAN



sabtu lepas pergi pasar tani
saja jalan2...cuci2 mata...x beli apa2 pun
takat sarapan and ronda2
ternmpak durian..mcm nak pulak
sampai kat umah..ada yg sedap masuk mulut
ada juga yg tak sedap makan gitu je
so dari jd hak milik kekal tong sampah
buat le serawa durian yg sempoi ni
makan ngan roti peranchis...sedap!!!

apa yg saya buat...durian2 tu saya masak bersama santan, gula, secubit garam dan daun pandan.
masak dengan api perlahan dan kacau selalu untuk elakkan santan pecah
bila dah siap..boleh la dingappp!!!

Saturday, May 2, 2009

KARAMEL


karamel ni antara favourite zati
minah tu suka makan ngan cocktail fruits
selain tu dia suka hirup air gula karamel tu
manisss!!!

resipi tak yah la ye...very common desert.