Thursday, March 26, 2009

Apam Gandum


Apam gandum ni tengok kat rumah Cik Mat..
resipinya pun mudah, tak perlu guna mixer segala..
since mixer saya dah rosak dn x sempat lg beli yg baru wlupun dh ada choice..
so kena buat kuih ala2 tradisional je le..hehe

So Cik mat, saya minta izin copy n paste resipinya ye:



BAHAN-BAHANNYA :-)

500 g tepung gandum
3/4 cawan gula perang (brown sugar)
2 cawan air
11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
  2. Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....