Thursday, May 7, 2009

SLICE CHEESECAKE


buat kek ni just sbb nak abiskan cheesedale yg nak kat K.O 2 3 hari lagi
cara penyediannya pun mudah
hasilnya pulak sungguh sedap..gebu..lembut dn kurang manis
ngam2 soi cheesecake ni sudah boleh dingap ngapp
kawan datanggggg...memang langkah kanan le
soooo...we had our morning coffee ala2 english gituuu
cheesecake with cup of lavazza coffee
hihihi...
pas tu bdk balik sekolah terus bedal
ngam2 tinggal 1 piece jeee utk mak dia snap gambo
1 piece yg dh tak lawa tuuuu
1 piece utk ayah dia pulak merasa

resipi amik kat umah KAK ZAI dari TERATAK IMPIAN
kak zai pun baru buat gak semalam
and it turned out so beautiful
kak zaiiiiii....minta izin copypaste je yeeee!!!!

Bahan-bahan

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.