Wednesday, April 15, 2009

PINEAPLLE TART!




nampak tart beso ni kat umah KAK INAHAR
macam teringin pulak tekak nak makan
nak kecek kak Ina jauh sgt le pulak
maka berusaha le sy membuatnya
tp sy tukar manggo ngan nenas dlm tin je sbb malas nak kopek manggo..hehe
tart ni meriah ngan gula icing je, wani punya keje la, minah ni mmg pantang tengok sy buat kuih, mesti nak tompang sekaki..pas tu siap bawak gi sek lagi
by this time, tart dh habis dahhhhh!!!

Kak Ina cayanggg...copypaste resipi ye

Bahan Untuk Pastri

1. 250gm tepung (akak guna tepung serbaguna) 2. 50gm badam kisar(halus) 3. 60gm gula castor 4. 125gm mentega (suhu bilik) 5. 1 biji telur (suhu bilik) 6. 1 sudu teh esen vanilla.

Caranya

1. Gunakan senduk kayu pukul gula dan mentega sekadar sebati.
2. Masukkan badam kisar, tepung , telur dan esen vanilla.
3. Gaul sebati sahaja.jadikan doh....jangan lama sangat gaul ye...(Do not overknead or pastry won't be flaky) takut nanti pastri jadi keras. Masukkan doh ke dalam plastic cling dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih.
4. Selepas 30 minit atau lebih keluarkan doh dan canai lebih kurang 18-20cm. Sapu bekas tart dengan mentega. Hati-hati masukkan pastri dan kemaskan tepinya.
5. Simpan semula kedalam peti sejuk selama 20 minit.
6. Selepas 20 minit keluarkan dari peti sejuk dan cucuk pastry dengan menggunakan garpu.
7. Bakar di dalam oven suhu 180C lebih kurang 12 minit ataupun perang.
8. Sejukkan sebelum di masuk filing.

Filing

1. 20gram tepung serbaguna
2. 120gram badam kisar(i guna badam kisar + cincang)
3. 100gram gula perang
4. 125gm mentega (suhu bilik)
5. 1 biji telur

Cara-cara

1. Gunakan whisk dan kacau kesemua bahan diatas sekadar sebati sahaja.
Ketepikan.

Bahan untuk dimasukkan ke dalam filing.

1. 1 tin buah peach (I ganti dgn mangga)
2. Gula aising (diayak keatas tart)

1. Tuang filing ke dalam kulit pastri. Susun potongan mango yang telah ditos.
2. Bakar di dalam suhu 170C selama 40 minit bergantung kepada oven masing-masing.
3. Cucuk dengan lidi (cake tester) di tengah untuk pastikan filing sudah masak ataupun belum. Jika bersih maknanya filing dh masak.