Thursday, April 30, 2009

LONTONG


we had simple lontong for our breakfast
saya rajin sikit to prepare sarapan sbb zati balik cuti 3 hari
ni antara fav dia selain mee kari
selain tu, saya dah buatkan karamel untuk dia
sat lagi nak kuar bawa dia jalan2 cari makannnnnn!!!!!

Tuesday, April 28, 2009

MILO CHIFFON CAKE



since hari ni malas nak masak lunch
so cuba le resipi kek chiffon milo ni
dapat kak rumah KAK NOREEN from MY HOME COOKING BLOG
hasilnya tak le secantik kak noreen punya
sebab saya tergris tin kek..
mula2 naik cantikkkk je...tergedik2 kegembiraan saya
tp 5 min seblm masak...terus merudum
huwaaaaa!!!!!
but I am pretty happy with my own cake
tukang rasa merasa pas balik kije...dia kata sedaappp..lembuttt..gebuuu!!
yesss!!!!

Kak Noreen..tq for d recipee.. minta izin copynpaste ye!

Bahan-bahan (loyang size 16cm):
Bahan2 A:
1 camb milo
20ml air panas
2 biji kuning telur
20gm gula kastor
20ml olive oil
40gm tepung naik sendiri (self raising flour) - diayak

Bahan2 B:
2 biji putih telur
1/4 camt cream of tartar
50gm gula kastor

cara:
  1. Bahan2 A: satukan milo dan air panas ke dalam cawan dan kacau sehingga milo betul2 larut. ketepikan dan biarkan sejuk pada suhu bilik
  2. masukkan kuning telur dan gula kastor ke dalam mangkuk adunan dan pukul dengan menggunakan whisker sehingga gula betul2 larut
  3. kemudian masukkan milo dan minyak, kacaukan sehingga sebati
  4. masukkan tepung ke dalam adunan dan kaupbalikkan sehingga rata. ketepikan
  5. Bahan2 B: di dalam mangkuk adunan yang lain pukulkan putih telur dengan cream of tartar sehingga sebati dan berbuih
  6. setelah itu masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali dan pukul sehingga menjadi krim
  7. kaupbalikkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan Bahan2 A sebanyak 3 kali sehingga sebati
  8. tuangkan ke dalam acuan chiffon cake yang bersaiz 16cm dan bakar pada suhu 170C selama 25-30min atau sehingga masak
  9. setelah masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min. tujuannya supaya kek tidak akan mendap setelah dikeluarkan dari oven
  10. kemudian keluarkan kek dan biarkan ianya betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

PUDING MANGGA



sedapnya makan puding mango ni
cuaca pulak tengah panas menggiler
memang menu yang sgt sesuai untuk tekak
slurrpppp!!!!

bhn2:

20gm agar2
3 gelas air
2 sd mkn tpg jagung
3 bj kuning telur
1/2 tin susu cair
2 cwm gula pasir
2 cwn mangga yg tlh dikisar
sedikit warna kuning
secubit garam

cara2

masak agar2 dgn 3 gls air serta gula hingga hancur
tapiskan
pukul kng telur dgn tpg jagung. masukkan grm, pewarna, susu cair serta mangga kisar
kacau hingga sebati. kemudian tuang ke dlm agar2 td sambil dikacau rata
tuang le dlm mana2 acuan kesukaan anda dan hias le mengikut citarasa!!
hihihi

Sunday, April 26, 2009

RENDANG LOKAN


sabtu semalam balik rumah mak sekejap
sejak2 Mr Fix-a-lot sibuk ni...jarang betul dpt jenguk mak ngan abah
sampai2 umah mak je..abah tanya ..'makan lokan tak??'
upernya mak plan nak masak rendang lokan
well...mak masak saya tukang hulur brg2 yg nak dimasak je..hihihi
sedapnya rendang mak saya...tuhan je yg tahu
kenapa ye saya buat x dpt rasa yg sama??

bahan2 di kisar halus:

bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
serai
lada cili

rempah tumis
rempah rendang
kerisik
santan
air asam/garam/perasa

daun kunyit (optional)

ayam kampung/daging/kerang/lokan

cara:

pnskn myk..masukkan rempah tumis..kacau
masukkan bhn yg dikisar yg telah dicampur dgn rempah rendang
tumis hingga naik bau
masukkan ayam/daging/kerang/lokan
kacau dan biarkan masak sebentar
jika kering masukkan sedikit air
masukkan garam/asam/perasa
kemudian masukkan santan dan kerisik..kacau lagi
biarkan sehingga kuah pekat
sebelum diangkat..boleh le masukkan daun kunyit

I followed the resipi but never get the same taste!



Thursday, April 23, 2009

IKAN PAIS


Hari ni hari Jumaat..hari wajib makan ikan
so buat pais ikan kembung..buat 2 ekor je..sy sekor..Mr fix-a-lot sekor
bdk2 just ikan goreng
pas tu lawan ngan pucuk ubi masak lemak..petik pucuk ubi dpn umah je
tnm pokok ubi sbb Mr fix-a-lot suka mkn pucuk ubi n ubi rebus
tp x pernah lg le rebus ubi pokok sendiri, selalunya beli je ubi kat kedai, balik rebus..hihihi
tp kan...hubby komplen saya bungkus ikan tak lawe mcm dia..huwaaaa!!!!!

utk buat pais ikan ni saya blend together lada kering, bwg putih, halia, serai, udg kering sikit dan belacan sikit
pas tu blend dgn air asam yg dibancuh pekat..masukkan grm sikit..jgn letak air masa blend sbb nak jadikan pes
kemudian ats daun pisang letak daun kunyit dan pes tadi
letak ikan.lumurkn lagi pes dan daun kunyit
bungkus ikan dan bakar sampai masak

boleh juga letak kelapa parut dlm bhn2 yg diblend td..lg kaw
sy x letak sbb x de kelapa..hihihi



CUPCAKES DARI KAK AM (FLORA'S KITCHEN)





Alhamdulillah....murah rezeki saya dapat cupcakes hari ni
comel comel belaka...colorful some more
cupcakes ni telah diberi oleh KAK AM DARI FLORA'S KITCHEN
kak am pandai masak, selain tu beliau juga amik tempahan kek, muffin dn cupcakes
untuk kak am...terima kasih yang tak terhingga sebab bersusah payah menghantar cupcakes ke rumah saya
yg hantar tadi suami kak am
nxt time kak am dtg umah ekh..boleh le kita sembang2
thank you kak!!

SOFT MARBLE CAKE



resipi ni saya dapat dari dapur KAK UMMI
memang sedap...lembut dan gebu
anak2 suka sangat...sekejap je langsai
tak dapat nak simpan utk hubby..x pe..lain kali boleh buat lagi
bila..???hanya saya je le yg tahu..hihihi


Bahan:- (loyang 10 x 7 x3/20 - 23 cm - ummi guna loyang 8" jadi kek naik hampir penuh loyang..haha)
  • 270 gm mentega
  • 250 gm gula kastor
  • 260 gm tepung gandum
  • 1 camt baking powder
  • 6 biji telor
  • 2 camb. susu pekat manis (condensed milk)
  • 1 camb ovalette
  • 1 camb air
  • 1 camt esen vanila
  • 10 gm serbuk koko
  • 1 camt chocolate emulco (optional - bagus untuk mendptkan warna lebih gelap)
Cara-Cara:-
  1. Griskan tin kek berukuran 10x7x3 atau 20 - 23 cm springform. Ketepikan.
  2. Ayakkan tepung bersama dengan baking powder dan ketepikan.
  3. Satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan (apabila diangkat dengan spatula, adunan tidak jatuh). Ketepikan.
  4. Kemudian dalam bekas lain, satukan telor, ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata.
  5. Masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4. kacau rata.
  6. Keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin dan 1 senduk adunan cokelat.
  8. Ulangi sehingga habis adunan.
  9. Ambil chopstick dan buatkan bentuk marble.
  10. Kemudian bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak (ikut oven masing-masing).
  11. Setelah masak, padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 minit.
  12. Selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk baru dipotong.

Tuesday, April 21, 2009

BERIYANI DAGING



masak beriyani daging ni sebab nasi beriyani semlm ada belen
buat pun x banyak..untuk sekali makan je
ikut resipi abah saya
mula2 perap daging dgn bwg putih dn halia, biarkan 30 min
blend ld hijau, tomato, daun ketumbar, daun pudina dn bwg goreng(A)
pnskan myk sapi, kemudian goreng kismis
tumis bwg putih, bwg besar dn halia yg tlh diblend dgn myk td
masukkan dg yg tlh diperap..masak hingga separa masak
masukkan rempah beriyani..biarkan sebentar
masukkan bhn2 A..masak sebentar
masukkan tomato sos dan susu cair
masukkan badam yg tlh dikisar (optional)
kacau dn masak lbh kurang 1 atau 2 jam (yg ni sy tak ikut..no time maa)
masukkan kentang..biar masak
kemudian masukkan tairu dan biar le msk another 1 hour(pun tak ikut)
dgn syarat guna daging btg pinang le

lecehkn resipi abah saya tapi kaw2!!

Monday, April 20, 2009

NASI BERIYANI

ayam masak kurma

resipi nasi beriyani ni dapat kat umah KAK UMMI
lebih simple dari abah atau biras saya
abah saya punya style beriyani gam...manyak leceh oooo
nasi beriyani ni buat untuk lunch hari ni
makan ngan ayam masak kurma dan acar timun ngan nenas
sedapp!!!

Kak Ummi..as usual..copypaste ekh..tq kak!

Bahan:-
  • 1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
  • 2 s/b rempah beriani [bancuh dgn sedikit air]
  • 2 biji buah tomato [potong dadu]
  • 3 biji cili merah [potong 2]
  • 3 biji cili hijau [potong 2]
  • 100 gm daun pudina ]
  • 100 gm daun sup ] potong kasar]
  • 100 gm daun ketumbar ]
  • 1 liter air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 s/b minyak
  • 4 s/b minyak sapi
  • kismis
  • garam
  • 1 s/b pewarna kuning [bancuh ngan sedikit air]

Bahan tumis:-

  • 5 ulas bawang merah ]
  • 3 ulas bawang putih ] hiriskan
  • 2 cm halia ]
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam rice cooker pot.
  2. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan rempah yg dibancuh dan kacau. Masakkan sehingga naik minyak.
  4. Masukkan daun yg dipotong kasar dan cili merah & cili hijau.
  5. Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendideh sekejap.
  6. Masukkan beras dan alihkan periuk dalam rice cooker.
  7. Bila dah nasi kering, titikan pewarna kuning dan biarkan kering lagi.
  8. Bila telah kering gemburkan nasi perlahan supaya beras tak patah.

Friday, April 17, 2009

BREAD BUTTER PUDDING


Jumpa kat umah Kak Zai dari TERATAK IMPIAN
roti pun mmg betul2 ada belen 3 keping
cantik beno le tu untuk mencuba resipi simple tp yummy ini
terima kasih kak zai share resipi

resipi nanti sy paste ye..td try x leh pulak

Wednesday, April 15, 2009

PINEAPLLE TART!




nampak tart beso ni kat umah KAK INAHAR
macam teringin pulak tekak nak makan
nak kecek kak Ina jauh sgt le pulak
maka berusaha le sy membuatnya
tp sy tukar manggo ngan nenas dlm tin je sbb malas nak kopek manggo..hehe
tart ni meriah ngan gula icing je, wani punya keje la, minah ni mmg pantang tengok sy buat kuih, mesti nak tompang sekaki..pas tu siap bawak gi sek lagi
by this time, tart dh habis dahhhhh!!!

Kak Ina cayanggg...copypaste resipi ye

Bahan Untuk Pastri

1. 250gm tepung (akak guna tepung serbaguna) 2. 50gm badam kisar(halus) 3. 60gm gula castor 4. 125gm mentega (suhu bilik) 5. 1 biji telur (suhu bilik) 6. 1 sudu teh esen vanilla.

Caranya

1. Gunakan senduk kayu pukul gula dan mentega sekadar sebati.
2. Masukkan badam kisar, tepung , telur dan esen vanilla.
3. Gaul sebati sahaja.jadikan doh....jangan lama sangat gaul ye...(Do not overknead or pastry won't be flaky) takut nanti pastri jadi keras. Masukkan doh ke dalam plastic cling dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih.
4. Selepas 30 minit atau lebih keluarkan doh dan canai lebih kurang 18-20cm. Sapu bekas tart dengan mentega. Hati-hati masukkan pastri dan kemaskan tepinya.
5. Simpan semula kedalam peti sejuk selama 20 minit.
6. Selepas 20 minit keluarkan dari peti sejuk dan cucuk pastry dengan menggunakan garpu.
7. Bakar di dalam oven suhu 180C lebih kurang 12 minit ataupun perang.
8. Sejukkan sebelum di masuk filing.

Filing

1. 20gram tepung serbaguna
2. 120gram badam kisar(i guna badam kisar + cincang)
3. 100gram gula perang
4. 125gm mentega (suhu bilik)
5. 1 biji telur

Cara-cara

1. Gunakan whisk dan kacau kesemua bahan diatas sekadar sebati sahaja.
Ketepikan.

Bahan untuk dimasukkan ke dalam filing.

1. 1 tin buah peach (I ganti dgn mangga)
2. Gula aising (diayak keatas tart)

1. Tuang filing ke dalam kulit pastri. Susun potongan mango yang telah ditos.
2. Bakar di dalam suhu 170C selama 40 minit bergantung kepada oven masing-masing.
3. Cucuk dengan lidi (cake tester) di tengah untuk pastikan filing sudah masak ataupun belum. Jika bersih maknanya filing dh masak.

Monday, April 13, 2009

KEK SANTAN



jumpa resipi ni kat umah kak UMMI
tengok resipi senang je..apa lg terus le buat
sedapp cuma tak segebu kek kak ummi je..hihi
kak Ummi...minta izin copypaste resipi ye!!!

Bahan-bahan:
  • 4 biji telor gred A - akak guna gred B je..(kalau tak ada apa2 gred pun boleh lah, kalau gred C tu bubuh 5 biji)
  • 360g gula pasir (akak letak gula castor)
  • 1biji kelapa = jadikan 400 ml santan (ummi bancuh santan serbuk + 400 ml air)
  • 8 helai daun pandan - diparut dan diperah bersama kelapa parut tadi
  • 400g tpg gandum = diayak
  • 4 sudu teh baking powder
Cara-cara:-
  1. pukul gula dan telor hingga kembang
  2. masukkan santan yang diperah bersama pandan tadi, dan kacau sampai sebati
  3. masukkan tpg dan kacau hingga sebati
  4. akhir sekali masukkan baking powder, dan gaul rata
  5. griskan loyang dgn minyak dan masukkan adunan kek
  6. bakar 180 C dan bakar 45 minit, sejukkan baru dipotong.

Friday, April 10, 2009

DAGING DENDENG



selalunya kalau hari jumaat wajib makan ikan untuk lunch
tp kali ni btau Mr fix-a-lot menu ada tukar sikit
daging dendeng @ dinding..anak2 le yg cakap
resipi ni jumpa kat umah Cik Mat, Yatt, Qistina n kak Ummi
cuma saya tambah serai sikit untuk wangi
terima kasih untuk mereka2 kerana berkongsi resipi
saya copy paste je dr blog cik mat

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging pejal (mat guna daging batang pinang)
1 kg bawang merah,(mat guna 500 gm je)
20 - 25 tangkai cili kering*
20 biji bawang merah*(*dikisar)
1 cawan gula melaka
1/4 cawan jus asam jawa pekat
3 camca besar kicap pekat manis
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dipotong besar, rebus hingga lembut, toskan dan hiris nipis. Tumbuk setiap hirisan daging sampai leper. Buat hingga siap. (mat letak 1 inci halia, dititik dan 4 ulas bawang putih, diketuk semasa merebus daging). Ketepikan.
  2. Bawang merah tadi dihiris dan dibuat bawang goreng. Angkat dan toskan. Dalam minyak bawang goreng tadi, goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga keemasan. Buat hingga siap, angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan gula melaka, jus asam jawa, garam dan kicap. Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga terbit minyak.
  4. Rasa dan tambah apa yg perlu. Masukkan daging tadi, gaul rata, tambah bawang goreng, kacau hingga mesra dan matikan api. Boleh hidangkan bersama makanan kegemaran...

Thursday, April 9, 2009

BAKED OREO CHEESECAKE



buat kek ni sebab zati ada kat rumah
balik cuti untill this monday
minah ni suka biskut oreo, so buatkn lah oreo cheesecake
resipi saya dapat dari dapur UMMI, kak Ummi..minta izin copy paste ye

Bahan-bahan:-

Lapisan bawah (crust):-
230 gm serbuk biskut digestive (saya guna oreo)
30 gm gula kastor
75 gm butter - cairkan

Lapisan atas:
250 gm cream cheese (jenama philadelphia diakui sedap)
125 ml whipping cream
1 camca besar jus lemon (guna limau nipis pun bole)
70 gm gula kastor
3 biji kuning telor
1 camca teh esen vanila
2 camca besar tepung kastad
3 biji putih telor

Cara-cara:-
- Campurkan semua bahan lapisan bawah, ratakan dalam loyang yang telah digris terlebih dulu. Simpan dalam fridge 20 minit.
- Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan whipping cream dan jus lemon, kacau rata. Masukkan sedikit demi sedikit gula, diikuti kuning telor dan esen vanila. Putar lagi.
- Akhir sekali masukkan tepung kastad, dan kacau rata.
- Kemudian putar putih telor hingga separuh kental, masukkan ke dalam adunan tadi. Kaup balikkan.
- Tuang ke dalam loyang lapisan biskut tadi. Bakar pada suhu 175C selama lebih kurang 30-35 minit (bergantung kepada oven).
(Tips: Jangan buka pintu oven semasa memasak. Bila kek telah masak, renggangkan pintu oven. Bila telah sejuk, baru masukkan ke dalam peti selama 4 jam/benar2 sejuk. Sedap diletak topping blueberry jam.)

Tuesday, April 7, 2009

STEAM BANANA CAKE




Jalan2 kat rumah Kak Noreen UK terjumpa resipi ni
kebetulan ada 3 bj pisang yg mcm mati segan hidup tak mau dlm peti sejuk tu
so..cubalah buat dr dok buang pisang tu kan
Masyaallah...tak sampai 40 min dah boleh dimkn kek ni
pas tu punya lah gebuuu...teruja sungguh!hihihi
jom try!!

Kak Noreen..minta izin copy n paste ye


Bahan-bahan (10 biji bergantung pada size muffin cases):
2 biji telur
100gm gula pasir
2 biji pisang masak - lecek (dapat dalam 200gm)
150gm tepung naik sendiri
1/8 camt soda bikarbonat
75gm minyak - perasa ikut suka eg. vegetable, canola, olive

cara:

1. ayakkan tepung bersama2 dengan soda bikarbonat dan ketepikan
2. kemudian di dalam mixing bowl pukul gula dan telur sehingga gebu dan kembang
3. masukkan pisang yang telah dilecek tadi dan pukul sehingga sebati
4. setelah itu masukkan pula tepung dan minyak sambil dikacau rata
5. tuangkan adunan ke dalam muffin cases yang telah disusunkan ke dalam muffin pan atau tin
6. kukuskan selama 15 min atau sehingga masak dengan api yang kuat

LAKSA JOHOR




minggu lepas masa lunch kat luar
Mr fix-a-lot order laksa johor
baru 2 sudu terus tolak pinggan ke tepi
dh boleh teka..mesti tak sedap, bila saya rasa memang pun..kurengg!!!
mlm td told him dinner tdy will be laksa johor
dia okay aje as long as saya mkn sama
laksa2 ni saya kureng sikit..sbb tu maleh nak buat..leceh pun ye gak..hehe
part paling x suka..tumbuk sambal belacan laa
meeemaangggg x suka!!!

bhn2

udang kering
bwg merah
bwg putih
serai
lengkuas
halia

bahan2 di atas di kisar halus

ikan tenggiri, ikan parang atau ikan kembung yg tlh direbus dan di kisar isinya
ikan kering kurau juga dikisar sama (optional)

rempah kari
santan cair
santan pekat
kerisik
asam keping atau asam jawa

spagetti
taugeh
daun kesum
timun
sambal belacan
limau kasturi

cara2:

tumis bhn2 yg dikisar hingga wangi, kemudian masukkan rempah kari, kacau rata
masukkan santan cair, masukkan asam keping
biar hingga mendidih
masukkan isi ikan yg direbus, isi ikan kering kurau, biar mendidih sebentar
masukkan santan pekat, kerisik dan garam
masak hingga kuah pekat

hidangkan bersama spagetti dan ulam ulaman yg dihiris halus

sedaaaapppppp!!!!!




Monday, April 6, 2009

Blueberry Cheese Tart..???



Semalam ingat nak try buat HORLICKS LAYER CAKE
tup..tup mr fix-a-lot bawa balik cheesetart petang tu
so cancell le plan nak buat kek lapis
byk gak dia beli, 200 pieces
rupa2nya dia beli untuk anak dara dia yg akan balik bercuti esok
Zati memang suka cheesetart ni
nak gak belajar buat, tp dah senang nk dapat
tak yah le susah2..hehe

so yg kat atas tu le homemade cheesetarts
org lainnyer homemade le..hihihi



Saturday, April 4, 2009

Roti Canai



bfast pg tadi makan roti canai
homemade roti canai, tp bukan saya le yg buat
klu saya buat...mahu hujan tmn rinting 2 hari..hihihi
saya beli ngan nebor...dia buat business frozen food
so calling 2 je le
roti ni makan ngan belen kari daging lunch jumaat lps

Thursday, April 2, 2009

Bubur Sum Sum





Bubur sum sum ni hubby yg request
dah lama gak dia sebut
hari ni baru teringat nak buat
sms hubby btau bubur sum sum nya on the way
terharu pulak bila dia reply balik "thanx sayang"
lembik terus bdn saya...hihihi