Thursday, July 9, 2009

COCONUT MUFFIN



tu hari, masa ronda2 kat umah Noreen UK
dia ada buat coconut muffin
nampak mcm sedap gitu...teringin le nak cuba buat
so sekali lagi...saya merajin turun ke dapur untuk memuffin pulak
hasilnya memang memberangsangkan
tengok lah betapa tembamnya muffin tu
kalah pipi saya...hihihi

noreen...I cnp je ye resipi you ni


Bahan-bahan (6 biji saiz besar):
1 cawan dessicated coconut (kelapa kering)
1 camb gula perang (yg ni x de stock...pakai gula caster aje)
6 camb mentega cair
1 cawan (110gm) tepung gandum
1/3 cawan (75gm) gula pasir
1 camt baking powder
1/4 camt soda bikarbonat
1/4 camt garam
1 biji telur
1/3 cawan santan
4 camb susu segar
1/2 camt parutan lemon

cara:
  • susunkan muffin cases ke dalam muffin pan. ketepikan
  • campurkan dessicated coconut, 3 camb mentega cair dan gula perang ke dalam mangkuk
  • gaulkan sebati
  • selepas itu ketepikan 3 camb untuk dibuat topping
  • ayakkan tepung, baking power, soda bikarbonat dan garam ke dalam mangkuk yang telah masukkan gula
  • kemudian masukkan ke dalam adunan dessicated coconut tadi dan kacau rata
  • di dalam mangkuk yang lain pukul telur, santan, 3 camb mentega cair, susu segar dan parutan lemon dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati
  • setelah itu tuangkan ke dalam adunan tepung tadi dan gaulkan rata
  • sudukan adunan ke dalam muffin pan yang telah disediakan
  • taburkan dengan topping
  • bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • hidangkan sebagai minuman petang

Wednesday, July 8, 2009

KEK LAPIS ALWANI


actually semlm plan nak buat apam beras
kelapa putih pun dah siap beli
bila tengok resipi balik..ada guna tepung beras..
sangkakan yg kat umah tepung beras...uper2nya tepung pulut
tak jadi le nak mengapam
tp semangat nak buat kuih dok bergegar2..maka selak2 le resipi2 yg ada dlm stock
terrrrjumpa resipi kek lapis ni....belek2..mcm senang je nak buat
apa lg...start le pojek melapis
melapis pun cuma 3 tingkat je kan
jd tak risau le bab cantik ke tak lapisan tu
hehehe!!!!


resipi ambik kat umah kak Ina TERTUNAILAH HASRAT DI HATI
kak Ina...saya minta izin copypaste ye...tq for d recipee


Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam-tak bubuh pun anak-anak tak suka
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, merah dan hijau-
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.
***kek ni saiz kecil, gandakan bahan2nya jika nak buat yang saiz besar.

Monday, July 6, 2009

TUNA PUFF


masa kemas2 fridge pg tadi, terjumpa tuna leftovers
nak buang sayang sebab masih elok
lg pun..sy kerap sgt buang baki2 mknan..rasa guilty pulak
nanti rezeki susah nak lekat...sian hubby saya
penat2 dia keje cari rezeki, sy dok bazirkan rezeki..hehe
so pikiq punya pikiq..mcm Mr Thinker dlm A nite in d museum..
(al maklum ler..sy ni klu bab2 masak..agak kelembapan gitu!!)
dpt ler idea nak buat tuna puff
nak buat sandwic...dh jemu pulak..
kali ni try buat puff..dpt ler dlm 5 6 ketui
just nice utk minum petang bersama hubby tersayang
Alhamdulillah

Thursday, July 2, 2009

AYAM PANGGANG KUALI




ermmm...tak tau nape resipi ni nama die ayam panggang kuali
resipi dapat dari kwn lama
sedappp...!!!! resipi pun senang
ala2 rendang...cuma x guna rempah rendang, x de kerisik dan santan guna sikit je
yg lain2 sebijik sebutik resipi rendang!

Bahan2 :-

ayam

bwg merah
bwg putih
halia
lengkuas
serai ( sy letak lebih2...suka the smell)
lada basah (nak cili pd pun boleh...tp podeh ler sikit..hihi)
buah keras sedikit
kunyit (sy just guna kunyit serbuk)
(blend bahan2 di atas)

santan (sedikit saja)
asam keping
daun kunyit
daun limau purut

cara2:

tumis bhn2 yg diblend hingga pecah myk
masukkan ayam...letak air sedikit
biarkan ayam empuk
masukkan santan dan asam keping
masuk grm, gula dn ajinomoto
kacau rata dan biarkan sampai a bit kering
sebelum nak tutup api tu...masukkan limau purut dan daun kunyit

saya akan masak ayam ni sampai a bit hancur ler
tp klu ayam kampung..x leh sampai hancur...bertahun le nak nunggu..hehehe
sebab lg sedap nak mkn ngan ketupat atau lontong