Monday, May 18, 2009

KEK PISANG SEMPOI



kek pisang sempoi ni jumpa kat umah KAK UMMI
suka betul ngan resipi yg sempoi2 ni
sesuai sungguh le ngan saya
wlupun sempoi tp rasanya sungguh lah sedap
gebu dan lembut
mkn panas2, pas tu minum air teh ..fullamak!!!
dah la tgh hujan renyai kat luar tu!

KAK UMMI..tq for the resipee, as usual minta izin copypaste ye


Bahan:-
  • 150 gm pisang emas (Ummi letak 6 biji pisang emas kecil) - lecek
  • 180 gm tepung gandum
  • 180 gm gula perang/gula castor
  • 3 biji telor
  • 120 ml minyak masak
  • 1 st ovalette
  • 1 st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder
  • secubit garam

Cara-Cara:-

  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk.
  2. Putar dengan mixer hingga sebati dan nampak putih.
  3. Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak masak.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 40 - 45 minit.

(*Pastikan adunan memenuhi separuh loyang sahaja, kerana kek akan naik hampir sekali ganda lagi)