tp sebab malas..tertangguh sampai ler semalam
tiba2 dibanjiri mood rajin nak ke dapur..merajin lg la
puff ni saya buat 1 adunan, tp saya cuma bakar 4 keping aje
untuk bfast mr fix-a-lot pg tadi
and saya tak kelim pun puff ni ..main terap aje..sebab saya kelim karipap tak cantik
yg cantik kelim karipap..mr fix-a-lot ler
ingat nak minta tolong dia kelimkan..tp nanti gtee dia suruh saya kelim satu dulu
nak buat perbandingan ngan dia punya ler tu..pas tu main ejek2
dia punya lawa..saya punya kureenggggg!!
tu yg aku maleh tuuuu....
masa bfast, mr fix-a-lot tanya..nape buncit sgt puff saya
hehehe...terlebih isi filling maaa..
okay guys...here is the origional recipee from Noreen's blog
noreen buat sardine roll...saya tukarkn kpd karipap ngan inti daging
Noreen..tq for d recipee, I copypaste je ye
Bahan-bahan:
Bahan2 pastri:
250gm mentega sejuk
500gm tepung gandum
secubit garam
air sejuk secukupnya
Bahan2 filling:
1 tin sardin dalam sos tomato
1/2 - 1 labu bawang besar - dicincang/dipotong dadu
1 biji cili hidup - dihiris
jus limau nipis/lemon secukup rasa
garam secukup rasa
kuning telur - untuk sapuan atas doh
cara:
- satukan mentega dan tepung di dalam mixing bowl
- gaulkan kedua2 bahan sehingga menjadi seperti breadcrumbs
- masukkan garam dan air sejuk
- uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan
- balutkan doh dengan plastik dan masukkan ke dalam fridge. biarkan doh sejuk sementara membuat filling
- masukkan semua bahan2 filling ke dalam mangkuk dan hancurkan ikan
- gaulkan kesemua bahan sehingga sebati
- keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
- gelekkan doh dengan rolling pin sehingga nipis
- trimkan bahagian tepi doh supaya menjadi bentuk triangle atau empat segi
- letakkan filling tadi dan gulungkan doh seperti swiss roll
- hiris2kan bahagian atas doh tetapi jangan sampai terputus dan sapukan dengan kuning telur
- susun di atas baking tray yang telah digris dan bakar pada suhu 175C selama 40 min atau sehingga masak dan keperangan
- keluarkan dari oven dan potong2kan doh tadi dan hidangkan panas2
- kalau suka selepas disapukan dengan kuning telur potongkan dan susunkan di atas baking tray. bakar